Bismillah walhamdulillah…
Ramadhan semakin meninggalkan kita, Syawal pula bakal menjengah. Kalau di bulan Ramadhan, banyak azam dan impian yang kita ingin laksanakan. Persoalannya, dah laksanakan atau belum? Bagi yang dah terlaksana, istiqomahlah meneruskannya di bulan-bulan seterusnya pula. Bagi yang belum terlaksana, apa kata terus berusaha untuk laksanakan di bulan-bulan seterusnya? Jangan risau, ganjaran pahala sentiasa menunggu setiap amal kebaikan kita. :)
Untuk bulan Syawal yang bakal menjengah, sudah pasti ada juga azam dan impian yang ingin dilaksanakan. Begitu juga dengan saya. Pertamanya, tentulah ziarah raya! Menziarahi sanak-saudara dan sahabat taulan, insyaAllah dari 1 Syawal sampailah ke penghujungnya. :D Alhamdulillah, kampung halaman saya dan suami tak jauh. Taklah nak "bergaduh" sangat balik mana. Cuma, nak balik mana dan bila sahaja menjadi topik hangat "pergaduhan". Hehe... Tapi saya dah draft plan ziarah raya sepanjang seminggu bercuti nanti. Ok, semangat! :D
Memandangkan sekarang dah tinggal di area Selangor, insyaAllah tahun ini nak ziarah raya ke rumah sahabat-sahabat yang berdekatan. Macam dah lama je tak bersua muka dengan mereka. Jangan mereka terkejut dengan muka dan perut baru saya sudah! :D
Tahun ini adalah tahun pertama saya beraya sebagai orang yang dah bekerja. Jadi, tentunya impian nak bagi duit raya adalah salah satunya. InsyaAllah akan mendahulukan sanak saudara yang lebih memerlukan. Saya ingin mencontohi ibu tersayang yang awal-awal lagi akan suruh saya masukkan duit dalam sampul raya dan tulis nama. Bukan sahaja pada anak-anak buah yang ramai tapi adik-beradik beliau yang lain juga.
Namun perlulah difahami niat dan tujuan sebenar pemberian duit raya tersebut. Kalau niat sedekah, jangan lupa untuk sedekah juga pada waktu-waktu lain, bukan hari raya atau bulan Ramadhan sahaja. Seelok-eloknya juga diberikan pada orang yang betul-betul perlukan sedekah. Kita perlu berhati-hati supaya ianya tidak menjadi sekadar budaya atau ikut-ikutan yang kita takkan dapat apa-apa di akhirat. Bukankah apa yang kita infaq dan sedekahkan, itulah harta kita di akhirat kelak?
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berpuasa. Mudah-mudahan diberikan keizinan oleh Allah S.W.T. untuk berpuasa penuh pada tahun ini. Kemudian, Syawal nanti dapatlah teruskan dengan puasa sunat 6 hari pula. Biiznillah...
Apa pun, Syawal yang bakal tiba masih belum tiba dan kita sendiri belum pasti sama ada diizinkanNya untuk menyambutnya atau tidak. Jadi, marilah sama-sama kita memanfaatkan hari-hari yang masih tinggal di bulan Ramadhan ini.
Saya akhiri dengan perkongsian artikel daripada Ustaz Hasrizal; Aidilfitri: Meraikan Islamnya Kita untuk muhasabah diri kita bersama.
Wallahu'alam.
p/s 1: InsyaAllah bertolak balik Jumaat malam. Harus bersedia mental dan fizikal untuk tempuhi jammed. :D Semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen...
p/s 2: Sorry, bukannya sebab excited nak raya saya update blog. Tapi saya update combo (5 sekaligus :D) sementara berpeluang sebab hari-hari agak busy dengan kehidupan dunia yang tidak berkesudahan. T_T


















2 Care to Comment?:
p/s: semalam dah tinjau2 highway max. Aduhai RM2.50!
p/s2: jalan dah tgk2.. jumpa x lg. bila nak bersua ni :-?
p/s: Pergi balik RM5. Tapi jalan best lah, straight forward je! :D
p/s 2: InsyaAllah. Jemput lah datang rumah~ :->
Post a Comment