To Share To Give

Writing not to impress but to express..~

Wednesday, August 24, 2011

Top 10!

Bismillah walhamdulillah…

Selalunya anugerah atau apa-apa shorlisted, pasti akan ada Top 10 yang terbaik. The very best among the best. Samalah juga dengan penghujung Ramadhan. Di 10 hari terakhir Ramadhan, dijanjikan malam Lailatul Qadar.

Namun persoalannya, 10 yang terakhir ini kita masih asyik berbicara tentang Ramadhan atau Syawal? Itulah yang sentiasa menjadi persoalan dalam tazkirah beberapa hari kebelakangan ini. Tentunya untuk muhasabah dan peringatan kita bersama.

Bak kata Pak Hamdani dalam kuliah Zohor baru-baru ini, di penghujung Ramadhan, saff makin maju. Maju ke depan, tinggal Pak Imam, bilal dan 2,3 orang sahaja.

Apa pun, sama-samalah kita berusaha untuk memanfaatkan peluang dan ruang yang masih ada. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. :)




"Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan berletih-letihan. Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan." (Iluvislam.Com)





p/s: Just short for a reminder to myself. ;)

0 Care to Comment?:

Related Posts with Thumbnails