Bismillah walhamdulillah…
Bila dapat newsletter di atas, rasa semangat dan seronok nak berkongsi mengenai pengalaman sendiri. Sekarang ni memang sangat suka baca blog ibu-ibu mengandung, walaupun entry nya dah berkurun. Yang penting, pengalaman yang dikongsikan memang banyak membantu, dengan izin Allah. :)
Setiap wanita pasti mempunyai pengalaman hamil yang berbeza. Ada tu, setiap kali hamil berbeza pengalamannya. Indah kan? Saya pun jadi excited dan gembira bila baca pengalaman orang-orang yang dah advanced ni. Pasal pengalaman bersalin, breastfeeding, nursery, jaga anak malam-malam dan lain-lain walaupun saya sendiri masih belum mengalaminya. Tengok ibu sarat mengandung dan ibu pegang baby kecil pun dah bahagia ok! :D
Alhamdulillah, dah masuk 19 minggu. Mula-mula macam terkejut bila baca "You've hit the halfway mark in your pregnancy." Macam tak percaya. Biar betik? Rasa macam baru je. :D
Masa ni, baby dah boleh mendengar dah. Jadi, kena cakap yang elok-elok. Bacakan al-quran supaya baby tenang kat dalam, nanti Ummi pun tenang juga. :) Oh ya, saya ada beli pillow speaker. Saya tahu pasal benda ni masa blogwalking lah. Macam menarik, terus beli online. Saya beli yang bentuk strawberry. Pernah tak tengok iklan yang ibu mengandung bagi baby dengar lagu guna headphone tu? Mula-mula kononnya nak buat yang sama lah. Sangat mudah terpengaruh. :D
Bila dah ada pillow speaker tu, saya pun download lah surah-surah pilihan bacaan Sheikh Misyari, atas cadangan zauji. Bagi baby dengar bila Ummi dan Abi tak sempat atau larat nak bacakan. Biasanya bagi dengar masa tidur. Kononnya baby tak tidur bila Ummi dia tidur. Kalau ikutkan nak bawak sekali ke office, boleh bagi baby dengar masa Ummi busy buat kerja. Tapi macam segan lah pulak nak mengangkut ke hulur ke hilir Cik Strawberry tu. :D
Zauji selalu pesan, "Janganlah jerit-jerit. Kan ada baby tu..." Macam manalah saya tak suka menjerit kalau Abinya suka mengacau je... Baby pun faham ok! :P
Setiap hari zauji akan gosok perut dan cakap-cakap dengan baby. Setakat cakap-cakap takpe, jangan "hasut" bukan-bukan sudah. Biasalah, berebut nak baby jadi geng siapa. :D Takpe, yang penting jadi anak soleh/solehah untuk Ummi dan Abi. Teringat pula dialog Aunty Eika. Amboi! Tergelak je saya ok! :D
Bila dah masuk trimester kedua, banyaklah symptom-symptomnya. Ada yang berbeza daripada trimester pertama. Untuk saya, saya dah kurang muntah-muntah pada waktu malam. Dah boleh gosok gigi beberapa jam selepas makan. Kalau tak, memang habislah keluar semua makanan. Tapi saya sekarang lebih selesa kunyah chewing gum untuk bersihkan gigi dan mulut. :D
Masa balik Terengganu baru-baru ini, pertama kali rasa nak pitam. Masa tu tengah beratur untuk bayar di Mydin. Faham je lah, Mydin masa tu sangat sesak dengan orang. Yang beratur pun panjang. Mula-mula ok je. Tiba-tiba saya jadi kabur. Rasa macam ambulans tengah pusing-pusing kat kepala macam dalam cerita kartun tu. :D Cepat-cepat pegang bahu zauji. Zauji pun terkejut, tiba-tiba je pegang depan orang ramai. Hehe... Saya doa je supaya tak pengsan. Susah kalau tiba-tiba pengsan kat situ. Jadi, tenangkan diri kejap, istighfar banyak-banyak dan kemudian jalan perlahan-perlahan cari tempat duduk. Berpeluh-peluh dalam Mydin yang ber air-cond tu. Alhamdulillah, selepas tu ok je. Kalau tak, ada yang kena buka puasa walaupun dah nak berbuka 2 jam lagi. Memang pengalaman yang mendebarkan. :)
Sekarang, kaki pun dah mula membengkak. Memang akan rasa lenguh bila berdiri atau berjalan lama. Tiba-tiba dah rasa macam ibu tersayang. Huhu… Sakit belakang pun sama. Memang dah susah nak membongkok. Bila bangun je daripada duduk, rasa sakit yang amat. Nak berjalan pun susah. Masa ni lah zauji cakap dah jalan macam orang mengandung. Jawapan saya, "Dah memang mengandung pun." :D
Semalam mengemas rumah, sental apa yang patut. Maklumlah dah seminggu bercuti, rumah pun dah macam apa lah kan. Lagipun raya kan, rumah mestilah kena kemas, baru mood raya. Hehe… Dah siap mengemas dan menyental, punyalah sakit kaki dan belakang. Mujur ada zauji yang baik hati selalu rajin tolong urutkan kaki. Terima kasih! :)
Jom saya kongsikan apa yang saya jumpa mengenai sakit belakang:
As you wind up the second trimester, you may start noticing some new symptoms, such as backaches. About half of women have back pain at some point during pregnancy, usually in the lower back. You may have lumbar pain, which is felt around your spine at about waist level. It may be aggravated by sitting for long periods of time, standing, or lifting — and it tends to be worse at the end of the day. Then there's what's known as posterior pelvic pain, which you may feel deep inside your buttocks (on one side or both) or in the back of your thighs. This pain can be triggered by activities such as walking, climbing stairs, getting in or out of a low chair, twisting, and lifting. Positions in which your hips are bent — such as when you're sitting in a chair and leaning forward — may make posterior pelvic pain worse.
You may also find that your leg muscles cramp up now and then. They're carrying extra weight, after all, and your expanding uterus is putting pressure on the veins that return blood from your legs to your heart as well as on the nerves leading from your trunk to your legs. Unfortunately, the cramps may get worse as your pregnancy progresses. Leg cramps are more common at night but can also happen during the day. When a cramp strikes, stretching the calf muscle should give you some relief. Straighten your leg and then gently flex your toes back toward your shin. Walking for a few minutes or massaging your calf sometimes helps, too.
Soothing back pain:
Getting regular exercise, using good body mechanics, and paying attention to your posture can help keep backaches at bay or ease pain you already have.
Here are some other suggestions:
- Avoid sitting or standing for long periods of time. Take frequent breaks.
- Take it easy and don't get overly tired.
- Avoid activities like vacuuming and mopping that require you to bend and twist your body at the same time. (If there's no one else to do these chores, move your whole body rather than twisting or overreaching to get to out-of-the-way spots.) – Yang ni memang zauji yang selalu tolong buat. :D
- Soak in a warm bath or use a hot pack on the affected area. (Or try a cold pack if heat doesn't work for you.)
- Ask your partner to rub your back, or schedule a prenatal massage with a trained therapist. Ini juga? :D
- Sleep on your side with one or both knees bent and a pillow between your legs and another pillow (or a wedge) to support your abdomen.
Above all, always listen to your body, avoiding particular activities or exercises that make your back ache.
Lain kali, saya kongsikan mengenai check-up pula. Pengalaman kena cucuk 3 tempat, yang semua akhirnya lebam belaka. Dasar urat degil, macam empunya diri! :D
![]() |
| Learn to appreciate what you have BEFORE time makes you appreciate what you had. Always try our best to love and appreciate what we have now~ ;) |
p/s: Tiba-tiba tak sabar nak tunggu next check-up. Tak sabar ke berdebar? Mudah-mudahan semuanya ok je. Ameen... :)


















3 Care to Comment?:
biarla bab dgr ummi abi bebel, daripada dgr aunty ika...fuhhh...:p
Post a Comment