To Share To Give

Writing not to impress but to express..~

Wednesday, September 07, 2011

Eid Mubarak!


Bismillah walhamdulillah…

Salam 9 Syawal untuk semua! Macam mana raya tahun ni? Dah start puasa sunat Syawal ke? Sama-samalah kita usahakan ye, ke arah mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. :)

Tahun ni, raya agak berbeza untuk saya. Maklumlah dah jadi isteri dan bakal ibu. Balik pun 2 kampung. Perkara pertama kali tentunya agak pelik, janggal dan seumpamanya. Takpe, normal je. InsyaAllah berusaha ke arah yang lebih baik. :)

Kami bertolak pulang Jumaat malam, 26hb; selepas kerja, buka puasa dan solat sunat terawikh terakhir di surau Ruvena Villa. Eh, dan selepas menonton drama Tahajjud Cinta TV3 yang selalu buat penonton membebel-bebel dengan "kepelikan" dramanya. :D

Jalan taklah terlalu jammed seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang terdekat. Cuma nak keluar dari KL je yang agak sesak. Biasalah, KL. :D Kereta pun agak banyak daripada hari-hari biasa. Well, semua orang pun excited nak balik beraya di kampung kan! :D Kami tak sempat sampai di rumah untuk bersahur. Kami selamat tiba jam 6 pagi, disambut oleh ibu tersayang. Alhamdulillah... :)

Bilik macam biasa, masih lagi kelihatan seperti bilik pengantin baru. Dengan cadar cream ala-ala gaun pengantin & bau-bauan yang romantik. Bau lemon romantik ke? Hehe... Saki-baki Ramadhan yang tinggal, kami berbuka puasa di kedai mak, sambil menemani mak dan tolong apa yang patut juga. Zauji sangat excited nak tolong, maklumlah minatnya. Saya jadi cashier ok lah. :D

Seperti semasa bujang, malam raya tolong letak kuih-kuih raya dalam bekas. Kali ini berganding bahu dengan zauji; letak sambil makan. Nyum3... :D Kali ini juga malam raya dah makan makanan raya. Mak saudara tolong masakkan lauk ayam masak merah, gulai daging dan rendang. Nasi minyak dan nasi putih masak sendiri. Ketupat, lemang, serunding semua beli. Kami tolong makan je. :D

Walaupun mak tak sempat masak, tapi memang akan sediakan makanan pada raya pertama. Hari-hari raya seterusnya mak akan masak. Mak memang jarang masak. Tapi kalau anak-anak ada di rumah atau ada tetamu datang bertandang, beliau sangat rajin memasak.

Raya pertama, kami utilise sepenuhnya dengan ziarah raya bersama abang saya ke rumah saudara-mara belah arwah ayah. Memang begitulah setiap tahun. Rumah-rumah mereka berdekatan, jadi memang mudah nak habiskan dalam satu hari.

Tahun pertama kami beraya bersama sebagai suami isteri, kami memilih tema kelabu atau silver. Mulanya saya hanya cadangkan zauji yang pakai baju kahwin. Saya pula membeli jubah untuk match. Last-last bila balik ke rumah, belek-belek baju, macam ok je kalau saya pun nak pakai baju kahwin. Lagipun baju kahwin memang sangat simple. Ingatkan dah tak muat, tapi muat-muat je. :D

Teringat kata-kata Syifa', anak Madam Sharmini;

"Ni kali kedua tengok baju orang kahwin tak ketat." Yang pertama, baju kahwin kakak Nik Amin yang majlisnya sehari sebelum. :D

Akhirnya kami memakai sedondon baju kahwin kami.


Di Terengganu.

Raya kedua kami bertolak ke Pasir Puteh, selepas makan lagi sekali ayam masak merah. Itu memang favourite saya! Orang lain makan bihun, saya makan nasi awal-awal pagi. :D Sepanjang raya ni saya memang sangat berselera makan. Maklumlah makanan yang jarang jumpa di sini. Itu pun masih banyak makanan yang tak sempat makan. Hehe...

Zauji agak mengantuk memandu pagi tu. Malam-malam ok je. :D Bila dah masuk Kelantan, jalan jammed terus. Phew... Yang menguji kesabarannya bila dah nak sampai rumah dah. Mujurlah ada jalan kampung yang boleh diredah.

Peluang beraya di Kelantan kami manfaatkan untuk ziarah ke rumah sahabat-sahabat. Kami sempat ziarah rumah Nik Amin, Zakwan, Nasuha dan Kak Miza. Kami juga sempat ziarah Kak Fizah, zaujah Abang Pzan yang baru melahirkan baby boy 21 Ogos lalu, Muhammad Amar Baihaqi (tak pasti ejaannya). Yang lain-lain ramai lagi yang nak diziarahi tapi tak berkesempatan plus jalan di Kelantan memang sangat menguji, jammed sana-sini. Hari Sabtu, kami ke walimah Nik Zarizi & Arda. Kami tak sesat macam alumni sekolah berdekatan di situ. (Jangan marah ye kak, gurau je!) :D


Di Kelantan.

Ahadnya kami bertolak pulang ke sini semula. Bertolak jam 12 tengah hari, sampai 2 pagi. Bukan sebab jalan jammed tapi banyak sangat tempat yang disinggah. Siap singgah rumah saya di Terengganu lagi, makan tengah hari. Ayam masak merah lagi... :D Kemudian, singgah rumah 'Izzati, makan kek yang dibuat olehnya. Percubaan pertama yang berjaya. Tahniah! :D

Kemudian singgah rumah Pak Teh di Kemaman, setelah melalui jalan yang tak pernah kami lalu sebelum ni. Main redah je, kononnya nak short cut. Mujur tak sesat. :D Bertolak dari Kemaman jam 9 malam. Lepas tu singgah R&R lagi. Itu yang sampai 2 pagi, disambut oleh anjing-anjing liar yang berkeliaran pagi-pagi buta. Aiyoo...

Zauji memandu sepenuhnya, anywhere, everywhere. Saya memang dah lama tak drive. Nak tolong drive, zauji tak bagi. Tapi saya memang tak larat pun, sleepy. Kebil-kebil je mata tengok jalan, konon nak teman zauji supaya tak ngantuk. :D Tapi zauji pun drive laju gila. Melompat-lompat saya dan baby. Mungkin sebab keadaan Cik CBY jugak la kot. :D

Esoknya masih menggagahkan diri ke office, dengan izin Allah. Rupa-rupanya 4 orang je yang ada. Memang terkebil-kebil lah mata, konon-konon buat kerja tapi sebenarnya mood dah entah ke mana-mana. Hehe…

Syawal yang masih berbaki, sudah pasti pelbagai agenda yang menanti. Biasalah, orang Melayu kan raya aidilfitri sebulan. :D Bagi yang nak datang ziarah ke rumah kami, jemputlah datang walaupun takde kuih raya nak dihidang. Hehe…

Akhir sekali, jangan lupa untuk istiqomah meneruskan amal-amal kebaikan yang kita telah mulakan dan buat sepanjang Ramadhan. Semoga kita sama-sama menjadi hamba Allah, bukan hamba Ramadhan.

Wassalam. :)


Setiap tahun, pasti Aidilfitri merakamkan kenangan indah yang berbeza. ;)





p/s: Check-up masa bulan puasa, turun 1 kg. Mudah-mudahan cukup untuk cover kenaikan berat badan masa hari raya. :D

0 Care to Comment?:

Related Posts with Thumbnails