To Share To Give

Writing not to impress but to express..~

Sunday, September 25, 2011

Ziarah Raya Edisi 1432H~


Bismillah walhamdulillah…

Setiap hujung minggu sepanjang Syawal dipenuhi dengan ziarah raya ke rumah-rumah saudara-mara & sahabat handai. Memang berjalan-jalan kami ke seluruh Selangor/KL. Jauh perjalanan, luas pemandangan. :D Jadi, antara rumah yang dah berjaya ziarah:

2 minggu lepas,
Sabtu:
1) Rumah adik ipar kepada abang @ Bangi Villa.
2) Rumah Q. Ain @ Ampang.

Ahad:
3) Rumah Kak Suhaini Supian @ Subang Jaya.
4) Rumah Anfal @ USJ.

Minggu lepas,
Jumaat:
5) Rumah A. Ngah & Kak Hany @ Meru.
6) Rumah Shafiqah Santun @ Klang Jaya.

Sabtu:
7) Rumah Kak Chu (staf Finance) @ Shah Alam seksyen 13.
8) Rumah Kak Ayu (alumni MMU) @ Bandar Pinggiran Subang.

Ahad:

9) Rumah Kak Aina @ Taman Melawati.
10) Rumah Kak Ima @ Shah Alam seksyen 8.

Kemuncak ziarah raya hujung minggu lepas adalah rumah kami sendiri. Yang kelakarnya, tetamu yang sampai rumah dulu sebab tuan rumah sibuk beraya. Bukan itu je... Tetamu juga yang bawak bahan-bahan mentah untuk dimasak. Seorang bawak pisang, seorang bawak gandum. Goreng di rumah tuan rumah. :D Juadah-juadah lain pun ada dibawa sekali; cekodok burger, lemang & rendang. Tapi itu tetamu perempuan lah. Yang lelakinya bawak badan je. Hehe...

Apa pun, terima kasih tidak terhingga kepada kakak-kakak tersayang sebab tolong saya sediakan juadah untuk tetamu lain. Kelam-kabut kami sediakan pisang goreng & spaghetti on the spot, di ruang dapur yang comel pulak tu. :D


Zauji mana? Nasiblah kena jadi cameraman je. :P


Harapnya next time, dapatlah kami tuan rumah prepare sebaiknya sebelum tetamu datang. Takdelah tercungap-cungap sangat ibu mengandung ni. Hehe...

Minggu ini sabtu & ahad duduk di rumah sahaja. Sibuk memasak. :P Tapi memang betul. Sibuk siapkan makanan untuk dibawa ke jamuan raya Finance esok. Menunya mudah je; nasi impit & ketupat palas segera. Tapi nak merebusnya ambil masa 1 jam lebih. Buat puding jugak yang mudah sikit. Mentang-mentang dah pandai buat. :P

Semoga amalan ziarah bukan sahaja meriah di bulan Syawal, tetapi di bulan-bulan lain juga. Kepada yang nak datang bertandang ke rumah kami pula, jemput-jemput. Kami memang tak buat open house tapi insyaAllah pintu rumah sentiasa terbuka untuk para tetamu yang insyaAllah akan membawa rahmat & rezeki. :D







p/s: Minggu ini sibuk beraya di office pula~ :D

1 Care to Comment?:

uiyoo! poksu pon sempat join?

teringat kembali rasa kempunan yang dah lupa...
 
Related Posts with Thumbnails