To Share To Give

Writing not to impress but to express..~

Tuesday, October 04, 2011

Minggu Makan-Makan~


Bismillah walhamdulillah…

Sepanjang minggu lepas bersamaan penghujung Syawal, pejabat saya meriah dengan jamuan raya. Isnin jamuan raya department saya. Esoknya department lain. Di sini, kalau ada department yang buat jamuan, semua memang akan dijemput. Sharing is caring. :D Hari Rabu pula jamuan raya untuk pejabat keseluruhan tapi setiap department perlu buka 1 booth, berlainan juadah. Kami pilih dadih, rojak buah & kacang rebus. Yeay, pertama kali buat dadih! :D




Part makan haruslah paling best tapi part selepas makan, iaitu mengemas a.k.a. mencuci pinggan mangkuk. Phew~ Rasa macam buat kenduri kahwin pulak penatnya. Balik rumah memang flat. Nak makan pun tak larat, apatah lagi nak memasak. :D Hari Isnin, dapat tapau nasi beriyani yang lebih. Esoknya masak ikan siakap stim sebab zauji dah excited. Oklah, 1st timer. :D Hari Rabu, mintak zauji masakkan ayam masak kicap, yang akhirnya hanya dimakan untuk breakfast esoknya. Penat punya pasal. :D


Sebelum mencuci, rasa macam tak banyak pun~ :D

Siakap zauji habibi~

Khamis & Jumaat pula saya ada training. Mujur di training room pejabat je. Kali ini, pihak trainer sangat baik hati menyediakan sangat banyak makanan. Breakfast, lunch & minum petang. Biasanya lunch je. Semuanya makanan berat-berat. Badan yang dah makin berat ni haruslah tak menolaknya. Hehe... Training kali ini mengenai positive attitudes, some sort of motivational training jugak. Best! Lagi best daripada training communication sebelum ini. Nanti saya share more mengenai training tersebut. Banyak nasihat & pengajaran yang bermanfaat. ;)




Kesimpulannya, minggu lepas seperti minggu tak bekerja. Bukan berehat atau bercuti tapi tak statik di meja office, menghadap PC, fail dan report. :D Hujung minggu pula, memanjangkan langkah ke Selatan. Memang tak lekat kat rumah. Bak kata mak, "Berjalan ajeee suami isteri ni…" :D






p/s: Tak larat bawak badan, bukan sebab baby makin besar tapi sebab selera ummi to be yang makin besar. T_T

0 Care to Comment?:

Related Posts with Thumbnails