To Share To Give

Writing not to impress but to express..~

Monday, November 14, 2011

Sahabat Fillah~


Bismillah walhamdulillah…

Hujung minggu lepas berpeluang spend masa dengan sahabat yang dah lama tak ketemu, Aini Mardhiah. Sampaikan zauji pun kata, “Aini yang paling lama tak jumpa kan?” Seingat saya, sebelum saya tahu saya mengandung lagi kot. Eh, macam sangat lama je! :D

Apa pun, syukur Alhamdulillah dapat juga ketemu walaupun beliau diuji dengan kesesatan. Saya dah macam cacing kepanasan, ke hulur ke hilir menunggu. Sampaikan zauji kata, “Macam nak jumpa pakwe.” :D

Malamnya ke kuliah di Masjid Negeri Shah Alam. Rupa-rupanya rakaman untuk rancangan Halaqah TV9. Pertama kali ke rakaman sebegitu. Rasanya lagi best menonton di TV, mungkin sebab lebih smooth & clear. :D Apa pun, audiences sangat super duper ramai. Subhanallah! Dan yang paling best, dapat dating bersama sahabat fillah di situ, dalam majlis ilmu. Alhamdulillah! :)

Menggunakan alasan beliau yang lambat sampai, saya “memaksa” untuk tidur di rumah kami. Hehe… Kebetulan esok di rumah kami ada gathering lain pula. Jadi, molek sangatlah dia dapat stay. :D Seperti biasa, tetamu saya “terpaksa” melayan tetamu-tetamu saya yang lain. Memang rezeki ibu mengandung agaknya. :D

Alhamdulillah… Sangat relief & happy dapat spend masa bersama walaupun sekejap. Pengubat rindu orang kata… :D Terima kasih tak terhingga kepada sahabat fillah, Aini Mardhiah kerana sudi datang ziarah. Siap bawak ole-ole lagi. Psst… Saya sedang menaip sambil memakai hadiah daripada awak! :D

Semoga Allah S.W.T. memberkati pertemuan kami & mengeratkan lagi ikatan hati-hati kami. Ameen… :)


Credit to http://dhiya-ulkahfi.blogspot.com





p/s: Eh, rindu Cik Ika lah. Rindu nak berTIGA; naik Cik Tan @ Cik Kembara sama-sama plus bergosip macam-macam benda. :D Cik Ika, all the best with your OJT! Semoga dapat kerja di area KL/Selangor ye! :D

7 Care to Comment?:

Cepatnya dah rasmikan! Hehe moga berkenan di hati :)
 
tak puas hati!
 
alamak. si suami kenalah berpuas hati kerana si isteri memakai untuk tatapan, juga buat penyejuk hati.

Damai je. Oklah tu~
 
waaaaah padan la hati ini berdebar2..rupanya ada org rindu..saya pun rindu awk jugak..best oo dok unifi,hsbb,xnk kl xbest..nak melaka or ipoh..alang2 nak kl bek dok sabah..hehehehe
 
Aini~
Alhamdulillah, sangat berkenan sampai En Suami dah jeling2 semacam tengok saya pakai. Hehe..

Abe~
Tak puas hati gapo?? :P

Cik Ika~
Berdebar2 eh bila ada orang rindu? :D KL vs Sabah? Jauh tu bezaaa... Ala, KL takde unifi ke? Kalau Melaka pun ok. Ipoh jauh sangat~ :D
 
Assalamualaikum,

utk kak ika,


kepada pengguna unifi .. jangan lupa bayar hutang k..

ah long tm
 
cik zini: kt kl xde ke?..mesti de area lembah klang dh meliputi kwnsn,tapi kl xde ke?..KL VS SABAH,uwaa mengapakah anda mengingatkn kembalik..unifi dh nak de di sabah by 2012

peminta hutang: siapakh anda..heeee bape ek..msg me ye
 
Related Posts with Thumbnails